Thursday, June 26, 2014

Makan Sedap


hello chuolssss..
hari nih aku nak cerita perihal makan..
short entry maybe..
hiks..

masa kat Melaka haritu, aku sudah request sama
mak, aku mau makan pulut durian..
fuhhh mahbeles bebbbb..
ko tengok betapa meladungnya kuah durian aku dalam pinggan tu..
sampai sekarang nih pun orang dok share gambar durian kat ig,
leleh jer aku tengokkan..
mana laa nak dapat durian kat sini..
:(

btw, masa nih kat KL..tengah tunggu en. suami jumpa kawan dia..
Zahin tu kat kepala dia tu penuh air asam jawa..
sampai dah naik kering dah rambut dia..
dia kan tak boleh kena tinggal..
pantang la mak dia nih hilang depan mata dia..
konpem satu rumah dia carik..
pada hal dia tengah demam tu..
nak tak nak bawakkan la jugak..

ouh, masa kat Melaka hari tu kitorang duduk
dalam seminggu lebih macam tu..
lepas tuh balik KL balik..
gilir-gilir lah kan..

yang nih favorite aku nih..
kedai dia pun favorite port aku jugak nih..
kat kg. baru sana..
aku paling suka makan bubur nih dengan telur pindang tu weyy..
sedap gilaaaaa i tell you..
btw, port nih dari zaman bercinta lagi aku dah dating
dengan en. suami makan kat sini..
ko ado dating makan bubur?
hehehehe..

sini pun jugakkkkkk..
dari zaman bercinta dulu..
tiap-tiap bulan datang sini sampai 
akak kerja situ dah kenal muka aku..
kalau aku datang dia siap dah boleh tau apa aku nak..
kahkahkah..

nih la yang paling sodapppp..
ketam masak kari..
perghhh mahbeles..
lokasi kat belakang lot 10 yer chuols..
kedai hujung, uncle suka masak berapi-api keluar dari kuali dia..
harga adalah berpatutan..
;P

okay dah..
nant kita sambung lagi naaaaa..
bye !

Read More

Thursday, June 19, 2014

2 Pagi


yeayyyy !
kita dah kat Melaka..
hehe..

kitorang touchdown KLIA pagi..
so, lepas sampai tu terus pergi breakfast
dengan family kat KLIA jugak..
then kitorang terus gerak balik rumah mertua..
tapi siang tu jangan cakap lah..
aku memang bantai membuta jer..
penat wey..jet lag tak habis-habis lagik..
petang tu bangun dah nak maghrib terus en. suami
ajak pergi KLCC nak beli dua bijik ipad mini
sama car seat untuk Zahin..
ipad mini tu bukan untuk aku tapi untuk anak-anak
yang dua orang lagik tuh..
tehehehe..
zaman sekarang weyyyy..
ko bagi ipad jer kat budak-budak terus dorang behave..
heh..

the next day kitorang terus cabut balik Melaka..
ye lah..aku pun rindu jugak kat mak apak aku..
dah lama tak dapat makan masakan makkkk..
bagi lah can kan.. ;)
lagi pun adik ipar aku ada kat rumah mertua..
dia tengah berpantang masa tu..
so tak sedap la kalau kitorang ramai-ramai
riuh-riuh bagai..kesian pulak kat dia..
aku dulu pun berpantang jugak..
memang pantang aku kalau orang bising-bising nih..
>_<

so, ini lah dia car seat baru abam Zahin..
masa kitorang kat KLCC tu memang beli nak cepat jer wey..
time tuh pulak car seat cap ferrari by mothercare nih
tengah murah..dalam 599rm tak silap..
tu yang terus beli..
tapi sayangnya kitorang salah beli pulakkk..
carseat nih patutnya untuk 4+ year..
SA kat mothercare tu lah salah bagi tau..
aku pulak jenis kalau dah beli tuh memang tak kuasa nak tukar..
dah alang-alang beli tuh, pakai jer lah..
esok-esok budak tu besar jugakkk..

 al-kisahnya..
seminggu kat Melaka..
seminggu tu laa tiap-tiap malam anak aku perangai macam nih weyy..
time nih pukul 2 pagi k..
2 pagi laa aku terpaksa angkut dia pergi mcd..
orang kat sana pun semua tengok anak aku pelik jer..
jadah apa pukul 2 pagi baby dok main-main kat playground ?

dia punya jet lag lah paling dasat..
kitorang nih turut sama terkena tempiasnya..
tapi dah kalau dia tak boleh tidur, camana kitorang nak tidur kan?
bila dah nak subuh baru lah dia tidur..
dengan aku-aku sekali terbabit tidur sama..
dah nak asar jugak baru bangun weyy..
serious kepala memang semacam..
ahhhhh tak sukanyaaa..
:(

bubur mcd untuk aku..
maklum la aku nih ada gastrik..
balik Malaysia haritu aku punya gastrik nih menjadi-jadi..

nugget untuk abam Zahin..

orange juice favourite dia..

almost every night lah dia memang macam nih..
and almost every night jugak kitorang angkut dia pergi mcd..
sampai en. suami cakap kalau tiap-tiap malam macam nih,
boleh botak kot kepalaaa..
kakakakakakka..

tapi alhamdulillah..
jet lag dia tak da laa berpanjangan sampai 2-3 minggu ker
sebulan ker kan..
okay yang tu memang melampau..
jet lag Zahin adalah selama satu minggu sahaja..
then baru lah semua orang boleh tidur dengan jayanya di malam hari..
;)

Read More

Tuesday, June 17, 2014

Last Day in Dubai


Beautiful morning in Dubai..
this is the view from our hotel room yer uols..
tapi sayangnya, 3 hari 2 malam dekat Dubai memang tak cukup..
tu laa, masa mula-mula en. suami tanya cukup tak 3 hari kat Dubai ?
nak tambah hari lagi takkk?
terus aku cakap cukuppppppp..
penyudahnya tak cukupppp..
banyak lagi sebenarnya tempat yang aku nak pergi tapi 
tak berkesempatan nak pergi..

salah satunya is Burj Khalifa,
Safari Dessert Dubai..
Ahhh sedihnyaaaa..
serious sedihhh..
yer la hari pertama sampai dah malam..
hari ke dua, satu hari suntuk berjalan shopping..
last day pulak dah flight balik..
tp tu lah, bila kau nak shopping,
yang lain memang kau takkan dapat laa..
kalau kau nak berjalan, kau tak shopping la jawapnya..
kena la pilih salah satu kann..
>_<

btw, malam sebelum tu,
en. suami ada nak beli tiket masuk Burj Khalifa thru online..
kalau beli online, korang akan dapat murah gila
compare to walk in punya tiket..
memang banyak beza harga dia..
so, malam tu masa nak beli tu,
en. suami aku baru lah nak on handphone,
nak bukak tukar masuk simkad bagai..
by the time nak bayar tuh,
jam pun tepat sudah pukul 12 pagi..
fuhhhhh frust gua bebbbb..
ingat kalau dapat beli tiket tuh kitorang
nak la amek slot pagi..
lepas tu boleh balik hotel angkut barang-barang kan..
tapi tuh la nama dia kalau dah tak ada rezeki..
T_T

so, pagi tu lepas breakfast kitorang terus check out
and tinggalkan bag-bag dekat lobby..
andddddd apa lagikkkk..
terus la masuk mall balikk..
tetap tu nak shopping lagi..
kitorang masuk Next, beli kain baju untuk Zahin lagi..
btw, Next nih ada kt London..
dulu aku tengok kat London sana boleh tahan murah jugak
la harga dia..tapi sampai Dubai, hmmm..
beli jer lahhh..tu pun sebab tengah ada sale tak silap aku..
lepas tu, masuk H&M pun beli baju bajan dia jugakkk..
untung la kau nakkkk..
Mommy nih tukang pilih jer lah nampak gayanya..
hewhewhew..

lepas tu harus lah isi perut..
terus order kfc weyyy..
lama dah nih tak dapat kfc..
walaupun kfc dia tak berapa nak sama dengan kfc mesia sana,
telan jer lahhhh..janji kfc..

tu diaaaaa..
pantang dapat lepassss..
lari terus tak toleh kiri kanan depan belakang..

lepas setel semua, kitorang balik hotel balik amek bag..
yang sebenarnya aku bawak balik 5 bag,
tapi yang aku keluarkan 4 bag jer..
satu bag lagi aku isik dalam bag lagi satu..
aku memang dah plan bag tu tak nak keluarkan,
sebab aku tak mau la nanti kena extra charge pulakk..
tapi dah keadaan terdesak gini,
nak tak nak kena la keluarkan jugak..
habis barang-barang yang dah dibeli tadi nak sumbat mana pulak kan?
ishhhhhhhh !

sakit kaki ahkak..
terus bukak kasut kauuu..
bagi la kaki ahkak nih bernapas sikit..
lepas setel semua,
kitorang terus gerak ke airport dengan teksi..
dari hotel nak ke airport dalam 20-30 mins macam tuh..

ahhh sedihnya..
good bye Dubai..
we had so much fun in Dubai..
tapi sayangnya, sedihnya tuhan sajer yang tau
sebab tak dapat explore habis kat sini..
till we meet again Dubai !

sampai airport, terus pergi balut bag..
bag yang dibalut tu sebab ada handbag ahkak..
selalunya kalau travel gini ada beli bag,
memang aku tak pernah bawak bag sama-sama hand carry
masuk plane..memang semua aku humban pergi kargo..
alhamdulillah, so far tak pernah lagi jadi apa-apa kat handbag2 ahkak
yang duduk kat perut kapal terbang tu..

lepas check in, isi perut lagi weyyyy..
en. suami ajak makan kat Paul..
biasa la dia tu..kalau bab makan serah kat dia..
pada hal aku memang dah bajet sebelum balik nak pekena
hot choc kat Costa Coffee..
tapi dah sini yang paling dekat dengan gate kitorang,
belasah jer lahhh..

ni budak tembam nih..
fuhhhh memang menguji kesabaran sangatttt..
time nih semua orang tengah tidur kot..
dah la kiri kanan kitorang semua dok bawak baby..
so, semua pun tengah tidur lah..
datang dia nih, dok hadap ipad laa,
nak berjalan berlari dalam plane laa..
sampai kan baby kat sebelah tu terbangun nangis kut..
mana taknya weyyyy..anak aku nih mata dia time argentina lagi..
sepanjang malam kat Dubai tu, hari-hari
dia la yang paling lambat tidur..
kitorang sampai dah terlelap, dia boleh layan ipad sorang-sorang..
fuhhhhhh..

seeeeeee ?
time dah nak sampai KLIA, 
matahari dah naik, baru la dia nak tidur..
masa nih baby-baby kiri kanan kitorang semua
siap dah bangun boleh main-main lagi,
dia gitu laa..tidur tak bangun-bangun..
yang tak tahan tu, keluar jer plane,
takda laa stroller kitorang kat gate tu..
nama KLIA punya stroller nak bagi pinjam,
memang nan hado weyyy..
ko bayangkan la aku nak kena dukung anak aku
sampai ker tempat kutip bag tu berapa jauhhh..
en. suami memang dah sah-sah lah penuh dengan bag semua..
yang Zahin nih, kitorang siap kejut mintak dia bangun,
memang takkkkkkkk !
dah lama kitorang kejut tu baru dia bangun..
serious tak larat wey aku nak dukung dia lama-lama..
nasib baik lepas dia bangun tu mood dia okay..
nak jugak lah dia jalan sendiri..
baru la rasa lega pinggang mak kau nih haaa..
tapi serious, kepala aku nih macam tak berapa nak betul sangat..
jetlagged gila..
merentas benua kottt..
tapi tuh laa..
aku terus cakap dengan en. suami..
lepas ni tobat lah tak mau dah ikot Dubai lagi..
tak sanggup lah jauh sangattttttt..
kalau dulu ikut London okay lagi..
KL-London 12 jam..
London-BA 14 jam..
dekat London boleh break journey..
ni BA-Dubai 19.5 jam..
bangun tidur bangun tidur pun tak jugak sampai-sampainya..
fuhhhhh..
duduk atas Afrika jer dah 8 jam..belum atas Atlantic Ocean lagi..
tobat weyyyyy..
tapi dari Dubai okay sikit lah..
Dubai-KL 8 jam jer..
Break journye kat Dubai pun tatap tak boleh jugak hilangkan
jetlagged weyyy..

ok lah uols..
tamat sudah cerita short trip aku kat Dubai..
kepada kawan-kawan ahkak yang kuat menghanjengs ahkak,
yang selalu sangat cakap ahkak tak hapdet belog, cerita dah basi la apa la,
haa nih ahkak nak cakap..
Ni makan diaaaaa !
jenuh jari jemari aku menaip nak ngabeskan cerita korang tau tak?
>_<
harus balik mesia nanti nak pow korang belanja
aku urut..heh..
Read More

Monday, June 16, 2014

Dubai Aquarium & Underwater Zoo


Halu macik pacik semua..
sorry la sebab lama tak update belog..
mak kita tak da masa sebab mak kita
busy sangat tengah demam melayan cerita korea..
jadi addicted pulakkkk..

makanya, mari lah kita sambung terus cerita kita
masa kat Dubai haritu..
btw, lepas shopping dalam entry lepas,
kitorang singgah balik bilik hotel balik sebab nak letak barang-barang..

next stop adalah Dubai Mall..
btw, aku yang nak sangat pergi Dubai Mall nih sebab nak sangat
pergi ke Dubai Aquarium & Underwater Zoo nih..
dari hotel, kitorang naik teksi hotel terus ke Dubai Mall..

tadaaaaa !
sampai pun jugakkkk..
hari ke dua kat Dubai memang hectic sungguh..
terkejar-kejar sebab tak cukup masa..
esok dah flight balik Malaysia..

fee untuk masuk nih aku tak ingat dah berapa..
bagi aku tak murah tak mahal..
tengah-tengah gitu..

teruja mak orang nih haa dapat tengok shark..
-_-"

ini the best shot yang kitorang dapat untuk Zahin 
duduk diam-diam dalam gambar..
gambar yang lain tuh, hmmmmm..
susah nak cakap..
tak boleh duduk diam langsung !
sampai kan ada kakak-kakak, macik-macik 
arab berkenan sangat dengan dia..
memang siap mintak amek gambar dengan dia lagikk..

suka lettew dapat tengok ikan..

macam muka tengah pelik pun ada jugak anak aku nih haa..


obor-obor eh nama dia ?
yang nih memang menarik sangat..
kejap-kejap dia tukar warna..
kejap kaler putih, kaler hijau, kaler pink..
ehhh macam-macam kaler lah..
tu Zahin tu apa tau..
mak apak dia jugak yang teruja nengoknyer..

lagi sekali maknyer yang teruja tengok penguin..
mana taknya, aku hulur jari kat cermin tu,
penguin tu ikut jer jari aku..
mau tak teruja..


tu muka takut lettew..
hehehehe..
btw, Aquarium Zoo dia nih bagi aku biasa-biasa jer..
takda apa-apa yang menarik pun uols..
ada la boat ride tapi tak silap aku yang tu kena bayar lebih lagik..
bila ada Zahin sekali nih, memang tak lah kan aku nak naik..
kalau takda Zahin pun, still aku tak mau naik..
macam serem jer dengan shark kat dalam tuh..
tak sanggup ahkak nak bayangkan kalau boat tu terrrrrr..
ehhh tak mau lah cakap !

lepas dari Aquarium, terus aku komplen ke en. suami
yang kaki aku nih sakit angatttttt..
walaupun aku pakai wedges jerrrrr but still
bila kau dukung anak, dia punya pressure kat kaki tu lain macam..
terus aku heret en. suami ke sini..
dipersilakan bayarrrr yer untuk kasut baru isteri terchenta awok nih..

lepas cari kasut, terus kitorang masuk sini..
padahal sebelum masuk aquarium tuh memang dah nampak
dah kedai nih..
en. suami aku laa..
kalau bab makan memang bagi kat dia..
punya la dok pukul canang cakap sedap la apa laa..
akhirnya, masuk la jugak kitorang anak beranak ke sini..

si embam nih lain takda..
ubat nak bagi dia behave adalah hadapkan dia dengan ipad..
setellllll..

yang ini untuk budak embam..
tapi banyak mana sangat lah yang dia boleh makan pun kan..
tak per jangan risau..
yang lebih serah kat mak apak dia..
confirm licinnnn..

yang ni pun untuk mak apak dia jugakkk..

ehhh yang ni pun sama lah untuk mak apak dia jugakkk..
kitorang memang order yang light2 jer..
padahal niat asal masuk sini nak makan cake dia jer..
tapi dah alang-alang kat sini kan,
makan je lah terusssss..

gitu makan sambil nonton upin..
heboh laa budak-budak arab kat situ tumpang tengok
cerita upin dia sekali..

tadaaaaaa!
cake favourite iols..
red velvet cheese..
fuhhhh sedapp gila weyyyy..

lepas makan, kitorang plan nak ke Souk naik subway..
so dari mall nih kena la menapak jauh gila baru laa sampai ke stesennyer..
jap lagi tengah-tengah menapak,
terus mata nih ternampak Lush..
memang dari sebelum sampai sini lagi aku dah google siap-siap
nak carik kedai Lush nih..
tak sangka pulak kedainya jauh ke hujung..
dah tu kecik jer haa kedainya..
kalau ikut gila, memang nak beli semua..
tapi uolssss..tak mampu lah !
mahal sangatttt..aku masuk sini just 
beli lip scrub sama lip balm yang sizenyer
memang kecik bebenar..
tu pun dah RM160..
fuh tobat..
en. suami kerut dahi jer time aku mintak duit..
kakakkakaka..

ceritanyaaaaaa..
lepas Dubai Mall kitorang plan nak ke Souk mau
cari Abaya untuk mak, mak mertua sama adik aku..
eh untuk aku jugak lah..lepas tu nak jugak carik jubah
untuk abah aku and suami and anak2..
aku cakap dengan en. suami,
moh ler kita try naik train dia..
kononnya nak gain experience lah gitu..
en. suami pun cakap lah yang naik train ni
semua orang luar..
orang luar tu bukan tourist yer..
tapi pekerja-pekerja asing macam india,
pakistan, sama pinoy memang lah berlambak..
masa dia cakap tu aku tak percaya..

bila dah naik tuuuuuu, haaaaaaa..
kau rasa kan lahhh..
dah lah muka kau pun ala-ala pinoy..
memang kena sangat lah kannnn..
yang aku tak tahan tu, dorang ni boleh tahan berlagak jugakkk..
tarik napas jer ahkak nengokkan perangai masing-masing..

lepas dekat Souk tuh, memang ahkak terus tahan teksi..
takdan lah wey nak naik train dengan stroller bagai..
ecehhhh..pd halllllllllll..
;P

setel dekat Souk, kita ke HRC..

t-shirt untuk aku memang wajib lah beli kan..
lepas tu carik t-shirt untuk wani anak beranak
sebab dia memang kirim aku belikan untuk family dia..

en. suami, sila bayorrrrrrrr..
;)

sian kau nakkk..
untung lah stroller kau nih kuat lagikk..
penuh barang-barang kitorang sangkut kat stroller dia..
kalau kitorang nak pegang memang tak cukup tangan la jawabnya..
terima kasih embammmm sebab bagi mommy letak
barang-barang kat stroller awokk..
;P

lepas HRC, kitorang terus balik ke hotel untuk kemas bag..
yer lah esok tu dah flight balik kan..
tak banyak pun yang kitorang beli..
banyak beli untuk family jer..

baby baru ahkak hadiah dari en. suami..
amarante nih macam ada dua kaler..
satu kaler gini, lagi satu kalau bawah cahaya dia akan jadi kaler lain..
camana eh nak cakap kaler dia aku pun tak tau..

nih laa lip balm sama lip scrub aku ceta kat atas tadi..

yang ini untuk adik ipar iols..

yang nih pun untuk adik ipar yang bongsu..
gitchu..
yang lain-lain tak dan ahkak nak amek gambar..
penat gila wey satu hari berjalan..

sekian sudah cerita akak untuk hari ke dua kat Dubai..
hari keesokannya nanti ahkak sambung lain yer..
;)

Read More

© 2011 I Wish I Cud Fly, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena